SI PENJUAL TALI UNTA YG BERJAYA


Kita selalu dengar mengenai kisah Abdul Rahman Bin Auf iaitu seorang sahabat RASULULLAH S.A.W  yg kaya. Beliau menjadi lambang  kejayaan umat Islam di dalam bidang urusniaga dan perdagangan terutama ketika bidang ekonomi ketika itu dimonopoli oleh golongan yahudi. Tetapi mungkin sesetengah kita tidak tahu cara beliau berfikir untuk berjaya ketika beliau tiada sesen pon semasa penghijrahan beliau ke kota madinah. Jom hayati dan ambik pengajaran dalam kisah tauladan ini.

Semasa penghijrahan beliau ke kota madinah beliau dipersaudarakan dengan Saad al-Ansari oleh Rasulullah S.A.W. Bermacam-macam yg ditawarkan oleh Saad al-Ansari kepada Abdul Rahman bin Auf. Antaranya rumah, harta benda, bah isteri saad al-ansari jugak ditawarkan kepada beliau. Namun tawaran tersebut ditolak dengan baik.

Tetapi beliau ada minta satu benda... hah nak tau apa benda itu????

Apa yang beliau minta hanyalah sedikit modal dari Saad untuk memulakan perniagaan di pasar madinah yang ketika itu banyak  dikuasai oleh org yahudi. Abdul Rahman memulakan perniagaan dengan membeli unta mengunakan modal yg diberikan dari Saad. Kemudian menjual semula unta tersebut dengan harga yg sama. Begitulah keadan yg seterusnya... beli unta.... jual balik dengan harga yg sama... beli lain unta.. jual balik dengan harga yg sama!.. Last2 Abdul rahman menjadi jutawan di madinah. 

Bila kita pikir secara logik, mcmna nak dpt untung klu beli byk tu,,, jual pon byk itu juga..??? Hah ini rahsianya setiap kali beliau membeli unta, beliau akan ambil tali unta dan simpan sehingganya terlampau byk tali yg dimiliki oleh beliau. Pada suatu hari, Madinah mengalami masalah yg besar iaitu kekurangan bekalan tali unta!! Tali unta sangat penting kerana fungsinya yg sama dgn brek iaitu bertujuan untuk menambat unta. Hasil penjualan ini tali unta inilah yg menjadikan Abdul Rahman bin Auf sebagai jutawan islam di kota madinah sehinggakan tergugutnya ekonomi yahudi ketika itu.

Berdasarkan kisah tauladan ini, kita seharusnya tahu perniagaan itu bukan mudah. Ia memerlukan kesabaran, berfikiran kreatif dan berpandangan jauh. Sebagai umat islam kita seharusnya berjihad melalui ekonomi agar kusa ekonomi kembali jatuh di pihak islam    

No comments :

Post a Comment